Klang: Kegembiraan seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah,
di sini, menghabiskan waktu selepas sesi persekolahan dengan bertemu
kawan lelakinya bertukar detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol
remaja terbabit dalam sebuah rumah di daerah ini, 23 Mei lalu.
Lebih malang, pelajar berusia 13 tahun itu turut dirogol empat lagi
rakan temannya itu termasuk dua daripada mereka adalah adik beradik
dalam dua kejadian berasingan dalam rumah berkenaan, lebih menyedihkan
mangsa dirogol secara bergilir-gilir.
Kejadian menakutkan itu berlaku selepas mangsa terpedaya dengan helah
seorang daripada remaja itu yang membawanya ke sebuah pasar raya di
Pandamaran jam 1.30 petang.
Sebaik tiba di situ, remaja itu bertemu dengan dua remaja lelaki lain
dipercayai rakannya lalu membawa mangsa ke rumah seorang daripada
mereka di kawasan berhampiran.
Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa diminta
berehat dalam bilik selain diarahkan agar tidak membuat bising manakala
semua remaja itu meninggalkan mangsa kononnya untuk melepak di luar.
Bagaimanapun, kira-kira jam 3.30 petang, ketiga-tiga remaja itu
pulang semula ke rumah sebelum masuk ke bilik mangsa yang ketika itu
dikatakan sedang tidur.
“Remaja itu kemudian mengetuk pintu bilik menyebabkan mangsa terjaga
sebelum diminta melayan nafsu ketiga-tiga remaja berkenaan secara
bergilir-gilir,” katanya.
“Mangsa sekali lagi diminta pula melayan nafsu dua lagi remaja lain yang turut tinggal di rumah berkenaan.
“Selepas semua mereka selesai melempiaskan nafsu, mangsa dihantar
pulang ke rumahnya dan diminta merahsiakan kejadian itu daripada
pengetahuan sesiapa,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa dihantar pulang oleh rakan sama yang
membawanya dari sekolah kira-kira jam 11.30 malam dan mangsa memaklumkan
kejadian itu kepada ahli keluarga yang kemudian membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop sewaktu dihubungi mengesahkan laporan daripada mangsa. – Sumber Hmetro
No comments:
Post a Comment